Sebagai peminat atau fanatic ikan gergasi, mesti
tertanya-tanya apakah ikan yang sepatutnya ada untuk melengkapkan koleksi ikan gergasi. Keistimewaan
ikan-ikan ini telah wujudnya hobi memancing ikan ekstrem serta mengumpul ikan gergasi eksotik. Sementelehan pula, kita juga dapat memiliki ikan ini serta dapat mempelajari kehidupan ikan-ikan yang misteri ini.
1.Arapaima
Ikan Arapaima merupakan salah satu ikan terbesar dan
membesar sehingga lebih daripada 2 meter. Ikan ini merupakan antara ikan
terpenting untuk melengkapkan koleksi
ikan gergasi. Nama saintifiknya arapaima gigas dan terdapat pelbagai
panggilan seperti pararuchu dan paiche serta berasal daripada Amerika Selatan.
Species ini merupakan ikan labirin sama seperti ikan pelaga, ikan ini akan ke
permukaan air untuk bernafas dan boleh bertahan di dalam air selama 5 hingga 10
min. Pada Julai, 2009, penduduk di sekitar Tasik Kenyir, telak mengatakan
bahawa mereka telah terlihat arapaima didalam tasik.
2.Cajaro
Phractocephalus hemioliopterus adalah ikan baung yang penting dalam koleksi fanatic ikan gergasi. Spesis ini berasal daripada sungai Amazon serta
membesar dengan amat cepat sehingga 1.8m. Carajo juga merupakan ikan yang aman jika rakannya itu
lebih besar daripadanya dan sifatnya yang tamak haloba dan memakan apa sahaja yang memasukinya mulutnya membuatkannya mudah untuk dipelihara.
Species ini sebenarnya bukanlah ikan jerung mahupun jaws,
tetapi hanyalah ikan baung yang aktif dan cantik untuk dijadikan tatapan. Pangasius
hypohtlamus merupakan species yang mesti dimiliki oleh setiap fanatic ikan
gergasi kerana saiz yang besar, senang dijaga, ikan yang aman serta boleh mencecah
sehingga 1.3 cm
4.Tambaqui
Colossoma macropomum atau Black Pacu merupakan antara ikan
yang mesti dimiliki oleh setiap fanatik ikan gergasi. Species ini agak peramah
dengan ikan yang sama saiz atau lebih besar daripadanya berbanding saudara
terdekatnya, piranha. Tambaqui ini agak mudah dijaga kerana tidak memilih dan
makan apa sahaja yang muat ke dalam mulutnya. Tambaqui dapat membesar sehingga
1.08 cm.
5.Clown Knife fish
Nama saintifiknya ialah chitala chitala dan ditemui di
India, Thailand, Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ikan ini menggemari air yang
tidak tinggi kepekatannya dan pH sekitar 6-7. Ia akan memakan apa sahaja yang
boleh muat dalam mulutnya dan membesar sehingga 100 cm. Species ini adalah nocturnal
dan akan menyorok pada siang hari serta aktif pada waktu malam.
6.Arowana
Arowana boleh didapati pelbagai species dan berasal dari
tiga buah benua iaitu Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Selatan. Walaupun
ikan arowana hanya membesar sehingga 90 cm atau lebih, arowana merupakan spesis yang aman serta ada dalam pelbagai warna yang cantik seperti silver arowana, green arowana, chili red arowana dan Bukit Merah
arowana. Menurut sesetengah pendapat, bagi menjamin kecantikan warna arowana,
lipan ditambah dalam diet arowana.
7.Giant Gourami
Nama saintifiknya osphronemus gouramy dan berasal dari
Indochina, Malaysia, India dan Indonesia serta boleh membesar sehingga 70 cm. Ikan
ini amat sesuai kepada fanatic ikan gergasi kerana ikan ini dapat memberikan
kecomelan kepada tangki anda yang dimana penghuninya yang bermuka ganas.
Walaupun mukanya comel tetapi perangainya kasar dan suka mengganggu ikan yang
lebih kecil daripadanya. Ikan ini suka berenang di bahagian tengah akuarium tetapi
senang membuat kawan dengan ikan yang sama dan lebih besar saiz daripadanya.
8.Siamese Tiger Fish
Ikan ini berasal dari Chao Phraya dan Mekong serta dapat
juga ditemui di Sumatra dan Bornea. Species ini tergolong dalam keluarga
datnoid dan menggemar airnya pH 7.6 hingga 8.0 serta suhu sekitar 22-26 C .
Ikan ini juga dapat membesar sehingga 64 cm serta digemari peminat ikan eksotik kerana warnanya berbelang-belang seakan harimau yang dapat menambahkan keceriaan ke dalam tangki.
9.Malaysian Red Mahseer
Malaysian Red Mahseer atau Ikan kelah bara serta nama
saintifiknya tor tombroides. Species ini juga dikenali sebagai empurau. Ikan ini
diketahui kerana mempunyai rasa yang enak menyebabkan harganya mahal dengan1 kilogram bersamaan 50 USD. Ikan ini
sesuai untuk peminat ikan gergasi kerana selain mempunyai saiz yang besar,
mereka juga ikan yang aman serta hidup berkumpulan. Species ini makan buah
antaranya buah engkabang dan buah kelapa sawit yang jatuh ke dalam sungai !
10.Tinfoil Barb
Barbonymus schwanenfeldii
addalah ikan yang berasal daripada Asia Tenggara. Species ini boleh
membesar sehingga 35 cm dan hayatnya menjangkau 10 tahun. Tinfoil barb boleh hidup di
dalam air dimana ph 6.5 hingga 7.0 dan kepekatan airnya agak tinggi. Dalam
akuarium, ikan ini suka berenang dalam kumpulan yang terdiri 4 hingga 6 ekor
ikan. Species yang aman dan boleh hidop dengan ikan yang sama atau lebih besar
dengannya serta gemar menghabiskan masa di bahagian tengah atau bawah akuarium.
Jack Heathcote merupakan seorang cikgu di Nottingham serta berumur
37 telah menukarkan ruang rumah bawah tanahnya menjadi akuarium domestic terbesar
di Britain wow!!! Akuriumnya mampu menampun 4800 gallon air serta akuriumnya
berukuran 12X12X7. Bak kata pepatah, disitu ada kemahuan, di situnya kejayaan.
WAKAKA
Panorama Jake Heathcoke bersama kesayangannya |