>.css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i<=20;i++){var g=$('').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)]) .css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});

  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Tuesday, June 25, 2013

Fanatik Ikan Gergasi Tropika

Sebagai peminat atau fanatic ikan gergasi, mesti tertanya-tanya apakah ikan yang sepatutnya ada untuk melengkapkan koleksi ikan gergasi. Keistimewaan ikan-ikan ini telah wujudnya hobi memancing ikan ekstrem serta mengumpul ikan gergasi eksotik. Sementelehan pula, kita juga dapat memiliki ikan ini serta dapat mempelajari kehidupan ikan-ikan yang misteri ini.

1.Arapaima

Ikan Arapaima merupakan salah satu ikan terbesar dan membesar sehingga lebih daripada 2 meter. Ikan ini merupakan antara ikan terpenting untuk melengkapkan koleksi  ikan gergasi. Nama saintifiknya arapaima gigas dan terdapat pelbagai panggilan seperti pararuchu dan paiche serta berasal daripada Amerika Selatan. Species ini merupakan ikan labirin sama seperti ikan pelaga, ikan ini akan ke permukaan air untuk bernafas dan boleh bertahan di dalam air selama 5 hingga 10 min. Pada Julai, 2009, penduduk di sekitar Tasik Kenyir, telak mengatakan bahawa mereka telah terlihat arapaima didalam tasik.

2.Cajaro                                                      

Phractocephalus hemioliopterus adalah ikan baung yang penting dalam koleksi fanatic ikan gergasi. Spesis ini  berasal daripada sungai Amazon serta membesar dengan amat cepat sehingga 1.8m. Carajo juga merupakan ikan yang aman jika rakannya itu lebih besar daripadanya dan sifatnya yang tamak haloba dan memakan apa sahaja yang memasukinya mulutnya membuatkannya mudah untuk dipelihara.

3.Iridescent Shark

Species ini sebenarnya bukanlah ikan jerung mahupun jaws, tetapi hanyalah ikan baung yang aktif dan cantik untuk dijadikan tatapan. Pangasius hypohtlamus merupakan species yang mesti dimiliki oleh setiap fanatic ikan gergasi kerana saiz yang besar, senang dijaga, ikan yang aman serta boleh mencecah sehingga 1.3 cm

4.Tambaqui

Colossoma macropomum atau Black Pacu merupakan antara ikan yang mesti dimiliki oleh setiap fanatik ikan gergasi. Species ini agak peramah dengan ikan yang sama saiz atau lebih besar daripadanya berbanding saudara terdekatnya, piranha. Tambaqui ini agak mudah dijaga kerana tidak memilih dan makan apa sahaja yang muat ke dalam mulutnya. Tambaqui dapat membesar sehingga 1.08 cm.

5.Clown Knife fish

Nama saintifiknya ialah chitala chitala dan ditemui di India, Thailand, Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ikan ini menggemari air yang tidak tinggi kepekatannya dan pH sekitar 6-7. Ia akan memakan apa sahaja yang boleh muat dalam mulutnya dan membesar sehingga 100 cm. Species ini adalah nocturnal dan akan menyorok pada siang hari serta aktif pada waktu malam.  

6.Arowana

Arowana boleh didapati pelbagai species dan berasal dari tiga buah benua iaitu Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Selatan. Walaupun ikan arowana hanya membesar sehingga 90 cm atau lebih, arowana merupakan spesis yang aman serta ada dalam pelbagai warna yang cantik seperti silver arowana, green arowana, chili red arowana dan Bukit Merah arowana. Menurut sesetengah pendapat, bagi menjamin kecantikan warna arowana, lipan ditambah dalam diet arowana.

7.Giant Gourami

Nama saintifiknya osphronemus gouramy dan berasal dari Indochina, Malaysia, India dan Indonesia serta boleh membesar sehingga 70 cm. Ikan ini amat sesuai kepada fanatic ikan gergasi kerana ikan ini dapat memberikan kecomelan kepada tangki anda yang dimana penghuninya yang bermuka ganas. Walaupun mukanya comel tetapi perangainya kasar dan suka mengganggu ikan yang lebih kecil daripadanya. Ikan ini suka berenang di bahagian tengah akuarium tetapi senang membuat kawan dengan ikan yang sama dan lebih besar saiz daripadanya.

8.Siamese Tiger Fish

Ikan ini berasal dari Chao Phraya dan Mekong serta dapat juga ditemui di Sumatra dan Bornea. Species ini tergolong dalam keluarga datnoid dan menggemar airnya pH 7.6 hingga 8.0 serta suhu sekitar 22-26 C . Ikan ini juga dapat membesar sehingga 64 cm serta digemari peminat ikan eksotik kerana warnanya berbelang-belang seakan harimau yang dapat menambahkan keceriaan ke dalam tangki.

9.Malaysian Red Mahseer

Malaysian Red Mahseer atau Ikan kelah bara serta nama saintifiknya tor tombroides. Species ini juga dikenali sebagai empurau. Ikan ini diketahui kerana mempunyai rasa yang enak menyebabkan harganya mahal dengan1 kilogram bersamaan 50 USD. Ikan ini sesuai untuk peminat ikan gergasi kerana selain mempunyai saiz yang besar, mereka juga ikan yang aman serta hidup berkumpulan. Species ini makan buah antaranya buah engkabang dan buah kelapa sawit yang jatuh ke dalam sungai !

10.Tinfoil Barb

Barbonymus schwanenfeldii  addalah ikan yang berasal daripada Asia Tenggara. Species ini boleh membesar sehingga 35 cm dan hayatnya menjangkau 10 tahun. Tinfoil barb boleh hidup di dalam air dimana ph 6.5 hingga 7.0 dan kepekatan airnya agak tinggi. Dalam akuarium, ikan ini suka berenang dalam kumpulan yang terdiri 4 hingga 6 ekor ikan. Species yang aman dan boleh hidop dengan ikan yang sama atau lebih besar dengannya serta gemar menghabiskan masa di bahagian tengah atau bawah akuarium.

Tokoh Fanatik Ikan Gergasi
Jake Heathcote bersama akuarium gergasinya

Jack Heathcote merupakan seorang cikgu di Nottingham serta berumur 37 telah menukarkan ruang rumah bawah tanahnya menjadi akuarium domestic terbesar di Britain wow!!! Akuriumnya mampu menampun 4800 gallon air serta akuriumnya berukuran 12X12X7. Bak kata pepatah, disitu ada kemahuan, di situnya kejayaan. WAKAKA

Panorama Jake Heathcoke bersama kesayangannya

No comments:

Post a Comment