Bunga Telang |
Sirap magik sebenarnya berasal daripada bunga telang. Ia dipanggil magik kerana apabila perahan limau dititiskan ke dalam air, maka air yang asalnya berwarna biru bertukar menjadi berwarna unggu. Sirap itu juga terkenal di Thailand. Di Kelantan pula, bunga telang ini dijadikan pewarna untuk nasi kerabu.
Bahan-Bahan
30 kuntum bunga telang
½ mangkuk gula
3 helai daun pandan
2 mangkuk air
I biji limau nipis atau limau kasturi
Cara Penyediaan
- Buang tangkai, simpan kelopaknya
- Rebus gula, air dan daun pandan bersama sehingga mendidih. Tunggu sehingga 5 minit agar air rebusan likat. Kemudian, biarkan sirap sejuk dan tapis. Setelah siap ditapis, simpan sirap tersebut ke dalam botol.
- Tambah dua sudu besar sirap dalam gelas serta perhatikan warna biru air sirap tersebut.
- Untuk menambahkan magic, perahkan sedikit titisan limau ke dalam air dan perhatikan penukaran warna dari biru ke unggu
- Selain itu, tambahkan selasih untuk mendapatkan rasa kerangupan ketika minum.
No comments:
Post a Comment