>.css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i<=20;i++){var g=$('').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)]) .css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});

  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Sunday, June 23, 2013

Malam Nisfu Sya'ban



Apakah maksud 'Nisfu' dan 'Syaaban' ???
Nisfu adalah perkataan Arab yang bermaksud setengah atau separa manakala

Syaaban pula berasal dari istilah arab bermaksud berpecah, bercerai-cerai. Dua pendapat boleh dikaitkan iaitu :-

  • Orang arab akan berpecah-pecah mencari sumber air sehingga ke dalam gua-gua
  • Sebagai pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan

Bilakah berlakunya malam Nisfu Syaaban dan apa yang berlaku ketika itu??
Malam ini berlaku pada setiap malam ke-15 bulan Syaaban. Hari ini dimana segala catatan amalan-amalan Orang Muslim selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan baru. Amalan baru akan dicatat sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.

Bagaimanakah untuk memanfaatkan malam Nisfu Syaaban??


  • Puasa sunat pada tiga hari awal bulan Syaaban, tiga hari pertengahan bulan Syaaban dan tiga hari akhir bulan Syaaban. Pahala puasanya bersamaan 70 orang nabi. (Hadith Rasulullah dalam Kitab Durratun Nasihin
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat ke atas Rasulullah.
  • Bertaubat
  • Meraikannya dengan bacaan Al-quran
Adakah ada peristiwa penting selain Nisfu Sya'aban pada bulan Sya'ban??

1.Penukaran Arah Kiblat dari Masjidil aqsa ke Ka'bah
Persengketaan antara Yahudi dan Muslim amat sengit ketika itu kerana Orang Islam berkiblatkan Masjidil Aqsa. Orang Yahudi juga mempersendakan umat Islam kerana telah meniru kiblat orang Yahudi. Pada 15 Sya'ban, Rasulullah telah menerima wahyu oleh Allah untuk menukar Kiblat ke Ka'bah ketika mengimamkan solat. Rasulullah segera menukar kedudukan lantas diikuti para sahabat.

2. Peperangan Bani Mustaliq
peperangan ini tercetus pada 5 H apabila bani mustaliq mengadakan pakatan untuk membunuh Rasulullah. Berita itu telah sampai ke tangan Rasulullah melalui sahabatnya dari kalangan Badwi. Akhirnya, kemenangan berpihak kepada orang Islam dan sebahagian pasukan Bani Mustalik ditawan antara puteri pemimpin Bani Mustaliq, Barrah bint al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah bin al-Mustaliq. Beliau telah menjadi tawanan kepada Sabit bin Qais. Akhirnya, Rasulullah telah membebaskan Barrah dan menikahinya. Kesannya, ramai kalangan Bani Mustaliq memeluk Islam dan terpadamnya permusuhan antara kedua-dua pihak berikut.





No comments:

Post a Comment