>.css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i<=20;i++){var g=$('').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)]) .css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});

  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Tuesday, June 25, 2013

Fanatik Ikan Gergasi Tropika

Sebagai peminat atau fanatic ikan gergasi, mesti tertanya-tanya apakah ikan yang sepatutnya ada untuk melengkapkan koleksi ikan gergasi. Keistimewaan ikan-ikan ini telah wujudnya hobi memancing ikan ekstrem serta mengumpul ikan gergasi eksotik. Sementelehan pula, kita juga dapat memiliki ikan ini serta dapat mempelajari kehidupan ikan-ikan yang misteri ini.

1.Arapaima

Ikan Arapaima merupakan salah satu ikan terbesar dan membesar sehingga lebih daripada 2 meter. Ikan ini merupakan antara ikan terpenting untuk melengkapkan koleksi  ikan gergasi. Nama saintifiknya arapaima gigas dan terdapat pelbagai panggilan seperti pararuchu dan paiche serta berasal daripada Amerika Selatan. Species ini merupakan ikan labirin sama seperti ikan pelaga, ikan ini akan ke permukaan air untuk bernafas dan boleh bertahan di dalam air selama 5 hingga 10 min. Pada Julai, 2009, penduduk di sekitar Tasik Kenyir, telak mengatakan bahawa mereka telah terlihat arapaima didalam tasik.

2.Cajaro                                                      

Phractocephalus hemioliopterus adalah ikan baung yang penting dalam koleksi fanatic ikan gergasi. Spesis ini  berasal daripada sungai Amazon serta membesar dengan amat cepat sehingga 1.8m. Carajo juga merupakan ikan yang aman jika rakannya itu lebih besar daripadanya dan sifatnya yang tamak haloba dan memakan apa sahaja yang memasukinya mulutnya membuatkannya mudah untuk dipelihara.

3.Iridescent Shark

Species ini sebenarnya bukanlah ikan jerung mahupun jaws, tetapi hanyalah ikan baung yang aktif dan cantik untuk dijadikan tatapan. Pangasius hypohtlamus merupakan species yang mesti dimiliki oleh setiap fanatic ikan gergasi kerana saiz yang besar, senang dijaga, ikan yang aman serta boleh mencecah sehingga 1.3 cm

4.Tambaqui

Colossoma macropomum atau Black Pacu merupakan antara ikan yang mesti dimiliki oleh setiap fanatik ikan gergasi. Species ini agak peramah dengan ikan yang sama saiz atau lebih besar daripadanya berbanding saudara terdekatnya, piranha. Tambaqui ini agak mudah dijaga kerana tidak memilih dan makan apa sahaja yang muat ke dalam mulutnya. Tambaqui dapat membesar sehingga 1.08 cm.

5.Clown Knife fish

Nama saintifiknya ialah chitala chitala dan ditemui di India, Thailand, Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ikan ini menggemari air yang tidak tinggi kepekatannya dan pH sekitar 6-7. Ia akan memakan apa sahaja yang boleh muat dalam mulutnya dan membesar sehingga 100 cm. Species ini adalah nocturnal dan akan menyorok pada siang hari serta aktif pada waktu malam.  

6.Arowana

Arowana boleh didapati pelbagai species dan berasal dari tiga buah benua iaitu Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Selatan. Walaupun ikan arowana hanya membesar sehingga 90 cm atau lebih, arowana merupakan spesis yang aman serta ada dalam pelbagai warna yang cantik seperti silver arowana, green arowana, chili red arowana dan Bukit Merah arowana. Menurut sesetengah pendapat, bagi menjamin kecantikan warna arowana, lipan ditambah dalam diet arowana.

7.Giant Gourami

Nama saintifiknya osphronemus gouramy dan berasal dari Indochina, Malaysia, India dan Indonesia serta boleh membesar sehingga 70 cm. Ikan ini amat sesuai kepada fanatic ikan gergasi kerana ikan ini dapat memberikan kecomelan kepada tangki anda yang dimana penghuninya yang bermuka ganas. Walaupun mukanya comel tetapi perangainya kasar dan suka mengganggu ikan yang lebih kecil daripadanya. Ikan ini suka berenang di bahagian tengah akuarium tetapi senang membuat kawan dengan ikan yang sama dan lebih besar saiz daripadanya.

8.Siamese Tiger Fish

Ikan ini berasal dari Chao Phraya dan Mekong serta dapat juga ditemui di Sumatra dan Bornea. Species ini tergolong dalam keluarga datnoid dan menggemar airnya pH 7.6 hingga 8.0 serta suhu sekitar 22-26 C . Ikan ini juga dapat membesar sehingga 64 cm serta digemari peminat ikan eksotik kerana warnanya berbelang-belang seakan harimau yang dapat menambahkan keceriaan ke dalam tangki.

9.Malaysian Red Mahseer

Malaysian Red Mahseer atau Ikan kelah bara serta nama saintifiknya tor tombroides. Species ini juga dikenali sebagai empurau. Ikan ini diketahui kerana mempunyai rasa yang enak menyebabkan harganya mahal dengan1 kilogram bersamaan 50 USD. Ikan ini sesuai untuk peminat ikan gergasi kerana selain mempunyai saiz yang besar, mereka juga ikan yang aman serta hidup berkumpulan. Species ini makan buah antaranya buah engkabang dan buah kelapa sawit yang jatuh ke dalam sungai !

10.Tinfoil Barb

Barbonymus schwanenfeldii  addalah ikan yang berasal daripada Asia Tenggara. Species ini boleh membesar sehingga 35 cm dan hayatnya menjangkau 10 tahun. Tinfoil barb boleh hidup di dalam air dimana ph 6.5 hingga 7.0 dan kepekatan airnya agak tinggi. Dalam akuarium, ikan ini suka berenang dalam kumpulan yang terdiri 4 hingga 6 ekor ikan. Species yang aman dan boleh hidop dengan ikan yang sama atau lebih besar dengannya serta gemar menghabiskan masa di bahagian tengah atau bawah akuarium.

Tokoh Fanatik Ikan Gergasi
Jake Heathcote bersama akuarium gergasinya

Jack Heathcote merupakan seorang cikgu di Nottingham serta berumur 37 telah menukarkan ruang rumah bawah tanahnya menjadi akuarium domestic terbesar di Britain wow!!! Akuriumnya mampu menampun 4800 gallon air serta akuriumnya berukuran 12X12X7. Bak kata pepatah, disitu ada kemahuan, di situnya kejayaan. WAKAKA

Panorama Jake Heathcoke bersama kesayangannya

Hukum Makan Keldai


Soalan
Apakah hukum memakan keldai? Sewaktu belajar di sekolah dahulu saya tidak pernah belajar mengenai hukum permasalahan ini. Namun baru-baru ini saya ada mendengar dalam satu tazkirah mengatakan haram memakan keldai. Mohon penjelasan serba sedikit mengapa keldai haram di makan?

Jawapan
Keldai ada dua jenis, iaitu keldai pelihara dan keldai liar. Keldai yang haram di makan adalah keldai pelihara yang biasanya digunakan bagi tunggangan dan mengangkat barang

Manakala keldai halal dimakan adalah keldai liar. Keldai ini tidak digunakan bagi tunggangan dan peliharaan.
(Sumber ; Ustaz Azhar Idrus)

Monday, June 24, 2013

Tembikai Sudah Bertanduk?

Isi tembikai kiwano seperti isi timun
Pelikkan bunyinya.? Sebenarnya buah ini adalah satu keluarga dengan timun dan zucchini tetapi saiznya yang besar hingga mendapat gelaran tembikai. Kiwano, tembikai bertanduk atau cucumis metuliferus adalah timun yang berasal dari Afrika dan ditanam secara meluas di California, Chile, Australia dan New Zealand.

Cara Menanam  Tembikai Bertanduk
  • Pilih tanah yang kaya dengan baja organik serta kawasannya tertedah sepenuhnya pada matahari. Selain itu, tembikai kiwano menggemari tanah liat dan ph dari 6.0 hingga 6.5 walaupun species ini tidak memilih tanah. Sediakan pancang atau pilih kawasan berdekatan dengar pagar agar memudahkan pokok ini memanjat.
  • Tanam biji benih kiwano ke dalam lubang sedalam ½ inci dan tinggalkan enam kaki antara setiap satu batas.
  • Pastikan tanah sentiasa dalam keadaan lembap untuk memastikan biji benih bercambah. Kebiasaanya, kiwano akan bercambah dalam tempoh dua hingga tiga minggu. Untuk mempercepatkan percambahan, rendam biji benih kiwano dalam air suam semalaman.
  • Siram pokok kiwano pada waktu pagi atau sebelum tengahari. Pokok ini tidak perlu kuantiti air yang banyak.
Kiwano yang belum matang
  • Pupuk pokok dengan bajak NPK ratio 4-8-5 atau 6-10-10. Selain itu, bubuh juga baja organic seperti rumput-rumput kering. Baja organic ini bukan sekadar memberikan nutrient extra, tetapi dapat juga mengekalkan kelembapan tanah dan menghalang pertumbuhan rumpai.
Bunga kiwano
  • Buang rumpai yang tumbuh untuk mengelakkan sebarang penyakit seperti virus timun mozaik.
  • Setelah 14 minggu, anda bolehlah menikmati hasil tuaian anda.

Kegunaan

Anda boleh menyediakan smoothie pisang dengan isi tembikan kiwano. Selain itu, isi kiwano sedap juga diratah dan taburkan sedikit gula diatasnya. Kiwano juga enak dibuat jus atau sirap.
Jus kiwano dan kulitnya dijadikan mangkuk salad :D

Jom Minum Sirap Magik atau Sirap Biru

Bunga Telang

Sirap magik sebenarnya berasal daripada bunga telang. Ia dipanggil magik kerana apabila perahan limau dititiskan ke dalam air, maka air yang asalnya berwarna biru bertukar menjadi berwarna unggu. Sirap itu juga terkenal di Thailand. Di Kelantan pula, bunga telang ini dijadikan pewarna untuk nasi kerabu.

Bahan-Bahan
30 kuntum bunga telang
½ mangkuk gula
3 helai daun pandan
2 mangkuk air
I biji limau nipis atau limau kasturi

Cara Penyediaan
  1. Buang tangkai, simpan kelopaknya
  2. Rebus gula, air dan daun pandan bersama sehingga mendidih. Tunggu sehingga 5 minit agar air rebusan likat. Kemudian, biarkan sirap sejuk dan tapis. Setelah siap ditapis, simpan sirap tersebut ke dalam botol.


Cara Membancuh
  1. Tambah dua sudu besar sirap dalam gelas serta perhatikan warna biru air sirap tersebut.
  2. Untuk menambahkan magic, perahkan sedikit titisan limau ke dalam air dan perhatikan penukaran warna dari biru ke unggu
  3. Selain itu, tambahkan selasih untuk mendapatkan rasa kerangupan ketika minum.

Kelebihan Dart Frog

Dendrobates azureus
  • Dart frog ini haiwan yang mudah dan senang untuk dipelihara kerana kita tidak perlu mencuci tempat tinggalnya. Najis binatang ini akan reput disebabkan bakteria yang baik mahupun tumbuh-tumbuhan.
  • Dart frog juga merupakan haiwan yang menyerlah kerana kulitnya dihiasi pelbagai warna yang ada pada pelangi.
    Dendrobates galactonotus
  • Dart frog juga merupakan katak yang aktif sepanjang masa. Bila anda bangun dart frog masih berjaga bila anda tidur pun, dart frog aktif sentiasa.
    Dendrobates histrionicus 
  • Akuarium atau Vivarium untuk dart frog mudah didapati dan berskala kecil. Selain itu, anda dapat juga meningkatkatkan kemahiran menghiasi laman dart frog. Panorama habitat dart frog dapat menyerikan suasa rumah yang agak membosankan.
Bromeliad

  • Pokok kesukaan Dart Frog ialah Bromeliad yang mudah didapati.
    Dendrobates galactonotus
  • Dart Frog juga dapat mengekalkan kemandirian spesis kerana mereka mudah dibiak dan pembekal jarang mendapatkannya daripada hutan dalam skala yang besar.
    Dendrobates auratus 
    Ameerega bassleri
    • Dart Frog juga mempunyai jangka hayat yang panjang dan boleh hidup dalam keadaan lembap yang tinggi mahupun suhu bilik. Ini kerana, Dart Frog berasal dari Amerika Selatan yang beriklim Khatulistiwa. 
    • Selain itu, dart frog juga menghasilkan suara yang merdu tidak seperti katak yang lain.

    Sunday, June 23, 2013

    Malam Nisfu Sya'ban



    Apakah maksud 'Nisfu' dan 'Syaaban' ???
    Nisfu adalah perkataan Arab yang bermaksud setengah atau separa manakala

    Syaaban pula berasal dari istilah arab bermaksud berpecah, bercerai-cerai. Dua pendapat boleh dikaitkan iaitu :-

    • Orang arab akan berpecah-pecah mencari sumber air sehingga ke dalam gua-gua
    • Sebagai pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan

    Bilakah berlakunya malam Nisfu Syaaban dan apa yang berlaku ketika itu??
    Malam ini berlaku pada setiap malam ke-15 bulan Syaaban. Hari ini dimana segala catatan amalan-amalan Orang Muslim selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan baru. Amalan baru akan dicatat sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.

    Bagaimanakah untuk memanfaatkan malam Nisfu Syaaban??


    • Puasa sunat pada tiga hari awal bulan Syaaban, tiga hari pertengahan bulan Syaaban dan tiga hari akhir bulan Syaaban. Pahala puasanya bersamaan 70 orang nabi. (Hadith Rasulullah dalam Kitab Durratun Nasihin
    • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat ke atas Rasulullah.
    • Bertaubat
    • Meraikannya dengan bacaan Al-quran
    Adakah ada peristiwa penting selain Nisfu Sya'aban pada bulan Sya'ban??

    1.Penukaran Arah Kiblat dari Masjidil aqsa ke Ka'bah
    Persengketaan antara Yahudi dan Muslim amat sengit ketika itu kerana Orang Islam berkiblatkan Masjidil Aqsa. Orang Yahudi juga mempersendakan umat Islam kerana telah meniru kiblat orang Yahudi. Pada 15 Sya'ban, Rasulullah telah menerima wahyu oleh Allah untuk menukar Kiblat ke Ka'bah ketika mengimamkan solat. Rasulullah segera menukar kedudukan lantas diikuti para sahabat.

    2. Peperangan Bani Mustaliq
    peperangan ini tercetus pada 5 H apabila bani mustaliq mengadakan pakatan untuk membunuh Rasulullah. Berita itu telah sampai ke tangan Rasulullah melalui sahabatnya dari kalangan Badwi. Akhirnya, kemenangan berpihak kepada orang Islam dan sebahagian pasukan Bani Mustalik ditawan antara puteri pemimpin Bani Mustaliq, Barrah bint al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah bin al-Mustaliq. Beliau telah menjadi tawanan kepada Sabit bin Qais. Akhirnya, Rasulullah telah membebaskan Barrah dan menikahinya. Kesannya, ramai kalangan Bani Mustaliq memeluk Islam dan terpadamnya permusuhan antara kedua-dua pihak berikut.





    Masalah Jerebu di Asia Tenggara

    Jerebu Di Muar
    Jerebu ialah satu fenomena di mana debu, asap, habuk dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Jerebu tebal juga di kenali sebagai asbut. Di Asia Tenggara, jerebu merupakan fenomena biasa yang timbul akibat pembakar hutan yang berleluasa.

    Indek Pencemara Udara seperti berikut

    • 0-50 adalah baik
    • 51-100 adalah sederhana
    • 101-200 adalah tidak sihat
    • 201-300 adalah sangat tidak sihat
    • 301-400 adalah berbahaya
    • 401-500 adalah sangat berbahaya
    • 501 ke atas adalah darurat


    Antara penyakit yang boleh berlaku apabila jerebu ialah

    • Iritasi kulit dan kerongkong
    • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
    • Iritasi di mata dan mata merah


    Perkara yang dilakukan semasa jerebu

    • Jangan keluar rumah dan tutup tingkap serta pintu
    • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras
    • Kurangkan penggunaan kenderaan berenjin seperti motosikal
    • sentiasa basuh bahagian kulit yang terdedah/mandi
    • banyakkan minum air
    • Penyediaan ubat bagi masalah pernafasan

    Kronologi Fenomena Jerebu di Malaysia
    Jerebu Di Kuala Lumpur

    September, 1997
    Masalah jerebu di Asia Tenggara bertambah teruk. 

    2002
    7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan atau ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution.

    Ogos 2005
    Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan fenomena jerebu yang agak teruk melanda pantai barat semenanjung Malaysia. Lembah Klang dan Kuala Selangor diisytiharkan darurat.

    2006
    Masalah jerebu berulang kembali

    Jun 2013
    Masalah jerebu yang agak teruk disebabkan kebakaran hutan di Wilayah Riau, Sumatera Tengah telah melanda 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Beberapa buah sekolah di Johor dicutikan disebabkan masalah jerebu.

    23 Jun 2013
    Muar dan Ledang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 743. Kawasan tersebut di isytiharkan darurat. 

    24 Jun 2013 
    Sekolah-sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor dicutikan bagi mengelak masalah yang teruk kepada pelajar.

    Fakta-Fakta Strawberi Yang Anda Tidak Tahu


    • Strawberi merupakan satu-satunya buah yang bijinya di luar. Purata biji strawberi adalah 200 biji!!!
    • Strawberi juga tergolong dalam keluarga Ros. Sebenarnya, strawberi bukanlah buah mahupun beri, tetapi hanya hujung stamen yang besar.
    • Di Belgium, sebuah muzium dibina untuk strawberi manakala di Wimbledon pula, acara memakan strawberi beramai-ramai bersama krim diantara perlawanan tennis turut diadakan. 

    • California merupakan satu-satunya tempat di dunia menanam strawberi sepanjang tahun. Satu tahun pengeluaran strawberi di California sebanyak 1 juta pound!!!
    • Satu cawan strawberi bersamaan 55 kalori!!!. Selain itu, strawberi mempunyai nutrisi-nutrisi yang bagus seperit asid folik, fiber dan potassium. Strawberi dapat mencegah kanser!1
    • Strawberi pertama ditanam sekitar abad-12 di Rom. Sekitar abad ke-13, masyarakat Perancis menggunakan strawberi sebagai makanan untuk menggalakkan nafsu syahwat dan selalu dihidangkan kepada pasangan pengantin baru.